Thursday 17 September 2015


OIC


LATAR BELAKANG OIC

Pertubuhan persidangan islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969. Dan bersempena dengan persidangan Dunia Islam di Rabat, Maghribi ketika sedang memuncaknya serangan ganas terhadap masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini di anggotai oleh 57 buah Negara islam
Mempunyai 3 rantau (Asia, Timur Tengah dan Afrika) dimana jumlah penduduknya merupakan 1/5 daripada penduduk dunia dan mempunyai 3 buah Negara pemerhati.


Antara matlamat OIC ialah memupuk perpaduan di kalangan Negara anggota. Selain itu, berusaha untuk menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk serta perlu mengambil langkah bagi menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan. Tambahan pula, ianya dapat meningkatkan perjuangan umat islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka dan juga perlu memastikan tempat-tempat suci dihormati dan tidak dicemari.

Faedah Malaysia dalam OIC 

Dengan mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan islam (IDB).
Pinjaman ini juga dapat melaksanakan projek-projek untuk kepentingan rakyat. Selain itu juga, Malaysia mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain daripada itu juga,
Malaysia telah mendapat penghormatan daripada Negara-Negara anggota dengan perlantikkan Tunku Abdul Rahman sebagai setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia juga amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan Negara-Negara islam dan Malaysia juga disegani oleh Negara-negara islam lain atas pencapaian yang telah Malaysia dapat.




NAM

LATAR BELAKANG NAM

Ditubuhkan September 1961 semasa (KEMUNCAK PERANG DINGIN) dan ahli-ahli NAM merupakan sebuah yang membangun di Asia, Afrika dan Amerika selatan. Pertubuhan ini telah di anggotai seramai 113 buah Negara ianya 16 buah Negara pemerhati dan 28 buah Negara tetamu jemputan

MATLAMAT NAM

Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong mana blok seperti blok barat atau blok komunis. Pada tahun 1987 adanya Sidang keuncak kali ke 7 di New Delhi dan Malaysia telah membuat beberapa usul antaranya ialah :- membela kepentingan Negara yang sedang membangun seperti isu palestin, kerjasama ekonomi dan isu benua Antartika.

FAEDAH MALAYSIA DALAM NAM

Mendapat penghormatan dengan menyandang jawatan sebagai naib presiden pada tahun 1989 dalam siding kemuncak nam di Belgrade Yugoslavia


 ISU TRADISI YANG DIPERJUANGKAN (NAM)

 politik, keselematan, perlucutan senjata dan keamanan. Kini melangkau ke sosioekonomi dan pembangunan . Kini 114 negara di seluruh dunia . Dipengerusikan Malaysia 2003 hingga 2006 kemudian diambil alih Cuba .Hak setiap negara untuk mempertahankan diri secara sendirian atau berkumpulan. Tidak mengenakan tekanan terhadap negara lain.  Mengelak ugutan, pencerobohan dan penggunaan kekerasan . Menyelesaikan semua pertikaian secara aman.  Memajukan kepentingan bersama dan ruang kerjasama.  Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa.
Perjuangan NAM , 1961-1970 – memperjuang isu imperialisme, neokolonoalisme,aparteid, perk auman dan pencerobohan. 1970an- isu ekonomi. Jurang negara selatan dan utara. Memperjuangkan Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) .Persidangan 2003 (Malaysia) – gencatan senjata, keganasan, kerjasama multilateral, keadaan ekonomi di Afrika, jenayah, dadah dan AIDS




 PENGLIBATAN MALAYSIA

• Peringkat awal Malaysia tidak aktif kerana pro barat
• Dasar Malaysia menyokong tindakan Amerika Syarikat di Vietnam tidak disambut baik oleh NAM
• Malaysia mula menyokong NAM di bawah Tun Abdul Razak yang amalkan dasar berkecuali
 • Malaysia mula aktif dalam mesyuarat mesyuarat NAM yang diadakan di Algiers, Colombo, Havana, New Delhi dan Luanda

KEJAYAAN NAM DIBAWAH MALAYSIA

• Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara Berkecuali mengenai wanita di Kuala Lumpur bertemakan “Memperkasa Wanita dalam Menghadapi Cabaran Globalisasi”
 • Mewujudkan Pusat bagi Gender dan Pembangunan NAM di Kuala Lumpur bagi memperkasakan wanita
• Menghidupkan Persidangan Menteri-menteri Penerangan NAM(Cominac) – membawa pada Berita NAM melalui internet beribu pejabat di KL
 • Menganjurkan persidangan “Keamanan di Palestin”
 • Menubuhkan Pusat Antarabangsa mengenai Palestin Masyarakat Sivil Selatan,Mesyuarat Menteri-menteri Biro Penyelerasan Negara Berkecuali INAM-COB) di Putrajaya
 • Deklarasi Putrajaya - Mempromosika dunia “multi pola” menerusi PBB untuk kekal keamanan dan keselematan - promosikan hak manusia dan menghormati perundangan antarabangsa - Kerjasama lebih komprehensik dan proaktif -Mengukuhkan kapasiti nasional setiap anggota NAM Deklarasi berasingan untuk penyelesaian konflik Israel-Palestin
  



PBB

LATAR BELAKANG PBB

PBB telah ditubuhkan pada 24 Okktober 1945 di Amerika Syarikat dan ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat. PBB telah di anggotai oleh 191 buah Negara dan Malaysia telah menyertai PBB pada 17 september 1957 selepas mencapai kemerdekaan ini kerana untuk menjamin kedaulatan dan hak semua Negara anggota serta tidak ada Negara yang boleh campur tangan dalam hal ehwal Negara lain. Selain itu, ianya terbuka kepada semua negara yang telah merdeka.


Matlamat PBB

Matlamat PBB akan menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa seperti Malaysia tidak akan di serang oleh mana-mana Negara kerana di bawah jagaan PBB. Selain itu, dapat menyelesaikan perselisihan dan penindasan antara Negara PBB. Dan ada Negara yang masih lagi berperang dan mungkin perlu melancarkan serangan ketenteraan disebabkan ini Malaysia menyertai PBB. Ianya juga, mewujudkan hubungan baik dan perdangangan dua hala antara Malaysia dan Negara PBB. Tambahan pula, ianya dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan kebudayaan di Negara kita serta dapat melindungi hak-hak asasi manusia dan boleh menyatupadukan penduduk dunia.

FAEDAH MALAYSIA DALAM PBB

Jawatan-jawatan penting yang pernah dipegang oleh Malaysia ialah Presiden Perhimpunan Agung PBB iaitu Tan Sri Razali Ismail pada tahun 1996-1997. wakil Malaysia Pengerusi Jawatankuasa bank Dunia juga telah menentang Israel yang menzalimi Palestin pada tahun 1959. Selain itu, menghantar tentera untuk menyertai pasukan pengaman PBB- Kongo, Iran-Iraq, Angolia, Namibia, Iraq-Kuwait, Kemboja, Somalia, Bosnia-Herzogovina dan Timor Timur. Dan menggesa penghapusan Dasar Apartheid di Afrika Selatan(1993)seperti pengasingan antara orang kulit gelap dan kulit putih. Tambahan pula, mendesak agar Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) dilaksanakan. Malaysia telah menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Bumi di Rio Jenerio-isu alam sekitar(1992 dan 1998)

No comments:

Post a Comment