Assalamualaikum,
kami pelajar dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,Kulim,Kedah ingin menerangkan dengan lebih terperinci mengenai "Dasar Malaysia dalam Hal Ehwal Serantau dan Sedunia" iaitu Asean,Komanwel,OIC,NAM dan PBB. Ia perlu dalam mengenali pebadanan yang amat penting dalam penmbangunan negara Malaysia.Justeru itu,semoga ilmu yang kami kongsikan ini dapat memberikan manfaat. :)
Thursday, 17 September 2015
OIC
LATAR
BELAKANG OIC
Pertubuhan persidangan islam (OIC) ditubuhkan pada 25
September 1969. Dan bersempena dengan persidangan Dunia Islam di Rabat,
Maghribi ketika sedang memuncaknya serangan ganas terhadap masjid Al-Aqsa oleh
puak Zionis. OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini di
anggotai oleh 57 buah Negara islam
Mempunyai 3 rantau (Asia, Timur Tengah dan Afrika) dimana
jumlah penduduknya merupakan 1/5 daripada penduduk dunia dan mempunyai 3 buah
Negara pemerhati.
Antara matlamat OIC ialah memupuk perpaduan di kalangan
Negara anggota. Selain itu, berusaha untuk menghapuskan perbezaan kaum,
penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk serta perlu mengambil langkah
bagi menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan
keadilan. Tambahan pula, ianya dapat meningkatkan perjuangan umat islam bagi
memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka dan juga perlu memastikan
tempat-tempat suci dihormati dan tidak dicemari.
Faedah
Malaysia dalam OIC
Dengan mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan islam
(IDB).
Pinjaman ini juga dapat melaksanakan projek-projek untuk
kepentingan rakyat. Selain itu juga, Malaysia mendapat bantuan untuk menubuhkan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain daripada itu juga,
Malaysia telah mendapat penghormatan daripada Negara-Negara
anggota dengan perlantikkan Tunku Abdul Rahman sebagai setiausaha Agung OIC yang
pertama. Malaysia juga amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan
Negara-Negara islam dan Malaysia juga disegani oleh Negara-negara islam lain
atas pencapaian yang telah Malaysia dapat.
NAM
LATAR
BELAKANG NAM
Ditubuhkan September 1961 semasa (KEMUNCAK PERANG DINGIN)
dan ahli-ahli NAM merupakan sebuah yang membangun di Asia, Afrika dan Amerika
selatan. Pertubuhan ini telah di anggotai seramai 113 buah Negara ianya 16 buah
Negara pemerhati dan 28 buah Negara tetamu jemputan
MATLAMAT NAM
Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong mana blok seperti
blok barat atau blok komunis. Pada tahun 1987 adanya Sidang keuncak kali ke 7
di New Delhi dan Malaysia telah membuat beberapa usul antaranya ialah :-
membela kepentingan Negara yang sedang membangun seperti isu palestin,
kerjasama ekonomi dan isu benua Antartika.
Mendapat penghormatan dengan menyandang jawatan sebagai naib
presiden pada tahun 1989 dalam siding kemuncak nam di Belgrade Yugoslavia
ISU TRADISI YANG
DIPERJUANGKAN (NAM)
politik, keselematan, perlucutan senjata dan
keamanan. Kini melangkau ke sosioekonomi dan pembangunan . Kini 114 negara di
seluruh dunia . Dipengerusikan Malaysia 2003 hingga 2006 kemudian diambil alih
Cuba .Hak setiap negara untuk mempertahankan diri secara sendirian atau
berkumpulan. Tidak mengenakan tekanan terhadap negara lain. Mengelak ugutan, pencerobohan dan penggunaan
kekerasan . Menyelesaikan semua pertikaian secara aman. Memajukan kepentingan bersama dan ruang kerjasama.
Menghormati keadilan dan tanggungjawab
antarabangsa.
Perjuangan NAM , 1961-1970 –
memperjuang isu imperialisme, neokolonoalisme,aparteid, perk auman dan
pencerobohan. 1970an- isu ekonomi. Jurang negara selatan dan utara. Memperjuangkan
Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) .Persidangan 2003 (Malaysia) – gencatan
senjata, keganasan, kerjasama multilateral, keadaan ekonomi di Afrika, jenayah,
dadah dan AIDS
PENGLIBATAN MALAYSIA
• Peringkat awal Malaysia tidak aktif kerana pro barat
• Dasar Malaysia menyokong tindakan Amerika Syarikat di
Vietnam tidak disambut baik oleh NAM
• Malaysia mula menyokong NAM di bawah Tun Abdul Razak yang
amalkan dasar berkecuali
• Malaysia mula aktif
dalam mesyuarat mesyuarat NAM yang diadakan di Algiers, Colombo, Havana, New
Delhi dan Luanda
KEJAYAAN NAM
DIBAWAH MALAYSIA
• Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara Berkecuali
mengenai wanita di Kuala Lumpur bertemakan “Memperkasa Wanita dalam Menghadapi
Cabaran Globalisasi”
• Mewujudkan Pusat
bagi Gender dan Pembangunan NAM di Kuala Lumpur bagi memperkasakan wanita
• Menghidupkan Persidangan Menteri-menteri Penerangan
NAM(Cominac) – membawa pada Berita NAM melalui internet beribu pejabat di KL
• Menganjurkan
persidangan “Keamanan di Palestin”
• Menubuhkan Pusat
Antarabangsa mengenai Palestin Masyarakat Sivil Selatan,Mesyuarat
Menteri-menteri Biro Penyelerasan Negara Berkecuali INAM-COB) di Putrajaya
• Deklarasi Putrajaya
- Mempromosika dunia “multi pola” menerusi PBB untuk kekal keamanan dan
keselematan - promosikan hak manusia dan menghormati perundangan antarabangsa -
Kerjasama lebih komprehensik dan proaktif -Mengukuhkan kapasiti nasional setiap
anggota NAM Deklarasi berasingan untuk penyelesaian konflik Israel-Palestin
PBB
LATAR
BELAKANG PBB
PBB telah ditubuhkan pada 24 Okktober 1945 di Amerika
Syarikat dan ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat. PBB telah di
anggotai oleh 191 buah Negara dan Malaysia telah menyertai PBB pada 17
september 1957 selepas mencapai kemerdekaan ini kerana untuk menjamin
kedaulatan dan hak semua Negara anggota serta tidak ada Negara yang boleh
campur tangan dalam hal ehwal Negara lain. Selain itu, ianya terbuka kepada
semua negara yang telah merdeka.
Matlamat PBB
Matlamat PBB akan menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa
seperti Malaysia tidak akan di serang oleh mana-mana Negara kerana di bawah
jagaan PBB. Selain itu, dapat menyelesaikan perselisihan dan penindasan antara
Negara PBB. Dan ada Negara yang masih lagi berperang dan mungkin perlu
melancarkan serangan ketenteraan disebabkan ini Malaysia menyertai PBB. Ianya
juga, mewujudkan hubungan baik dan perdangangan dua hala antara Malaysia dan
Negara PBB. Tambahan pula, ianya dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi, sosial
dan kebudayaan di Negara kita serta dapat melindungi hak-hak asasi manusia dan
boleh menyatupadukan penduduk dunia.
FAEDAH MALAYSIA DALAM PBB
Jawatan-jawatan penting yang pernah dipegang oleh Malaysia
ialah Presiden Perhimpunan Agung PBB iaitu Tan Sri Razali Ismail pada tahun
1996-1997. wakil Malaysia Pengerusi Jawatankuasa bank Dunia juga telah
menentang Israel yang menzalimi Palestin pada tahun 1959. Selain itu,
menghantar tentera untuk menyertai pasukan pengaman PBB- Kongo, Iran-Iraq,
Angolia, Namibia, Iraq-Kuwait, Kemboja, Somalia, Bosnia-Herzogovina dan Timor
Timur. Dan menggesa penghapusan Dasar Apartheid di Afrika Selatan(1993)seperti
pengasingan antara orang kulit gelap dan kulit putih. Tambahan pula, mendesak
agar Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) dilaksanakan. Malaysia telah menjadi jurucakap
Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Bumi di Rio Jenerio-isu alam
sekitar(1992 dan 1998)
KOMANWEL
Latar
belakang Komanwel
Matlamat Komanwel
Adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan,
pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang
baik antara semua Negara bekas jajahan british
OBJEKTIF
- Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota
- Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.
- Menaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota
- Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan British terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain
- Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara anggota.
- Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel
PRINSIP
- Keamanan penting untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia seagat
- Kepercayaan kepada kebebasan dan hak individu
- Menghalang penganiayaan ke atas pembangunan manusia
- Kerjasama penting bagi menghapuskan ketidakadilan.
PENGLIBATAN MALAYSIA
- Membangkitkan isu-isu ekonomi
- Membantu membangunkan sosioekonomi negara anggota dan kerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain
- Malaysia membangkitkan isu kemanusia terutama isu hak asasi manusia dan mengecam amalan Dasar Apaarteid di Afrika Selatan yang mengamalkan dasar diskriminasi kaum
- Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel
- Malaysia telah memberi maklumat kepada Sri Lankatentang cara penanaman benih pokok getah.
- Malaysia juga memberikan biasiswa kepada pelajar Britain,India,New Zealand dan lain-lain.
- Isu alam sekitar yang telah menarik pandangan negara dunia iaitu mengenai kemerosotan dan pencemaran alam sekitar.Ekoran itu,ketua-ketua Negara Komanwel telah menggariskan bebraapa rancangan yang merangkumi:-
- Penubuhan tabung antarabangsa untuk memlihara alam sekitar
- Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan membangun
- Pengurangkan pencemaran laut
- Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon
KEPENTINGAN MALYSIA DALAM KOMANWEL
Pada peringkat awal kemerdekaan.Malaysia masih nergantung kepada British dari aspek pertahanan melalui perjanjian pertahanan dikenali sebagai Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) yang ditandatangani pada oktober 1957.Malaysia mendapat bantuan ketenteraan untuk mengawasi kawasan pengairan Sabah dan Serawak daripada pencerobohan Indonesia.Semasa darurat,Malaysia mendapat bantuan ketenteraan dari Negara Komanwel seperti Fiji dan Nepal untuk menentang pengganas komunis.Pada tahun 1950,Malaysia mendapat bantuan daripada Rancangan Colombo seperti biasiswa kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi.
SUMBANGAN MALAYSIA DALAM KOMANWEL
- Menganjurkan mersyuarat CHOGM 1989
- Mengistiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi masalah pencemaran
- Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dassar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia
- Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
SUKAN KOMANWEL
Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan.Dilangsungkan setiap empat tahun sekali,melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel.Kehadiran Sukan Komanwel biasanya 5,000 atlet Commonwealth Games Federation(CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.
- 11. Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 di Hamilton, Ontario,Kanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepadaSukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978.
- 12. Uniknya Sukan Komanwel ialah bahasa perantaraan iaitu bahasa Inggeris. Semua atlet dan pegawai sukan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam suasana Sukan Persahabatan yang lebih mesra. 72 buah negara bekas jajahan British menyertai sukan ini.
- 13. ACARA SUKAN contah;Angkat berat,Aquatik,Renang,Renang berirama....,
- Kesimpulan
- Dengan keanggotaan dari 53 negara di seluruh dunia, dari setiap benua dan dengan 1.6 billion pendududk, negara-negara Komanwel percaya bahawa mereka boleh menunjukkkan satu contoh yang konstruktif mengenai pendekatan multinasional yang penting bagi keamanan dan pembangunan dunia moden. Badan ini berasaskan perunding, perbincangan dan kerjasama. Hubungan ini menggalakkan dan meluaskan kesefahaman antara negara dan membekal pengaruh yang kuat demi keamanan..
FAEDAH
MALAYSIA DALAM KOMANWEL
Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan
Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand. Ketiga-tiga negara
(Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi
Indonesia. Selain itu, malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara.
Dan melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika
diserang musuh. Tambahan pula, Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia
dalam sektor ekonomi perlombongan dan perladangan. Melalui Rancangan Colombo pelajar
Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia
dan New Zealand. Malaysia juga bersuara menentang dasar Aparteid di Afrika
Selatan.
ASEAN
LATAR
BELAKANG ASEAN
ASSOCIATION OF SOUTHEAST ASIAN NATIONS atau persatuan
negara-negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 OGOS 1967 di BANGKOK
dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan
mesyuarat pada setiap November untuk mengeratkan lagi perpaduan antara ANGGOTA
ASEAN. Selain itu, ANGGOTA ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara
kecuali Timor Leste dan Papua New Guinea ini disebabkan Negara Timor Leste dan
Papua New Guinea ialah Negara pemerhati bagi Negara ASEAN. Walaubagaimanapun,
ASEAN di tubuhkan oleh lima negara pengasas iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatangan satu
perjanjian yang dikenali sebagai DEKLARASI BANGKOK.
Kandungan Deklarasi Bangkok
1) Mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan di Aasia Tenggara.
2) Meningkatkan
kerjasama dan saling membantu untuk kepentingan bersama dalam bidang ekonomi,
sosial, teknik dan ilmu pengetahuan.
3) Memelihara
kerjasama yang erat di tengah-tengah organisasi regional dan internasional yang
ada.
4) Meningkatkan
kerjasama untuk memajukan pendidikan, latihan dan penelitian di kawasan Asia Tenggara.
TUJUAN
- Untuk mengekalkan dan mempertingkat keamanan, keselamatan dan kestabilan dan selanjutnya untuk memperkukuh nilai yang berteraskan keamanan di rantau ini;
- Untuk mempertingkat ketahanan serantau dengan menggalakkan kerjasama politik, keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya yang lebih erat;
- Untuk mengekalkan Asia Tenggara sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear dan bebas daripada segala senjata pemusnah besar-besaran yang lain;
- Untuk memastikan bahawa rakyat dan Negara Anggota ASEAN hidup dengan aman di kalangan rakyat seluruh dunia dalam persekitaran yang adil, demokratik dan penuh harmoni;
- Untuk mewujudkan suatu pasaran dan pangkalan pusat pengeluaran tunggal yang stabil, makmur, berdaya saing dan berintegrasi dari segi ekonomi dengan kemudahan berkesan bagi perdagangan dan pelaburan yang dalamnya wujud pengaliran bebas barangan, perkhidmatan dan pelaburan; memudahkan pergerakan ahli perniagaan, ahli profesional, bakat dan tenaga kerja; dan aliran modal yang lebih bebas;
- Untuk mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pembangunan dalam ASEAN melalui bantuan bersama dan kerjasama;
- Untuk memperkukuh demokrasi, meningkatkan tadbir urus yang baik dan rukun undang-undang, dan untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asasi dengan mengambil kira hak dan tanggungjawab Negara Anggota ASEAN;
- Untuk bergerak balas secara berkesan, mengikut prinsip keselamatan yang menyeluruh, terhadap segala bentuk ancaman, jenayah rentas negara dan cabaran rentas sempadan.
- Untuk menggalakkan pembangunan yang lestari supaya dapat memastikan alam sekitar rantau ini dilindungi, kelestarian sumber aslinya, dilestarikan warisan budaya dan kualiti hidup penduduknya yang tinggi dipelihara.
- Untuk membangunkan sumber manusia melalui kerjasama yang lebih erat dalam bidang pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat, dan dalam bidang sains dan 5 teknologi, bagi memperkasakan rakyat ASEAN dan bagi memantapkan Komuniti ASEAN.
- Untuk meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan rakyat ASEAN dengan memberikan mereka peluang yang saksama bagi pembangunan modal insan, kebajikan sosial dan keadilan; 12. Untuk memperkukuh kerjasama dalam membina persekitaran yang selamat, terjamin dan bebas daripada dadah untuk rakyat ASEAN.
- Untuk memajukan ASEAN yang berorientasikan rakyat yang dalamnya kesemua sektor masyarakat digalakkan untuk turut serta dalam, dan memperoleh manfaat daripada, proses integrasi dan pembangunan komuniti ASEAN.
- . Untuk memajukan suatu identiti ASEAN melalui peransangan kesedaran yang lebih besar terhadap kepelbagaian budaya dan warisan rantau ini.
- Untuk mengekalkan keutamaan dan peranan proaktif ASEAN sebagai daya penggerak utama dalam hubungan dan kerjasamanya dengan rakan kongsi luar dalam seni bina serantau yang terbuka, telus dan menyeluruh.
Matlamat ASEAN ditubuhkan
Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di
kalangan Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean
telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya
hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10
buah Negara.Negara Anggota ASEAN yang terlibat pada masa kini ialah :-
- Brunei Darussalam
- Kerajaan Kemboja,
- Republik Indonesia,
- Republik Demokratik Rakyat Laos,
- Malaysia,
- Kesatuan Myanmar,
- Republik Filipina,
- Republik Singapura,
- Kerajaan Thailand
- Republik Sosialis VietNam.
- Penubuhan sebuah persatuan untuk kerjasama serantau dikalangan Negara Asia Tenggara. Pertubuhan ini dikenali sebagai Persatuan Negara Asia Tenggara- ASEAN.
- Diantara matlamat penubuhan Asean itu juga adalah untuk:
- -Mengekalkan di rantau asia tenggara
- -Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Politik
· Mencetuskan idea penubuhan ASEAN.
Malaysia merupakan negara terawal menyedari kepentingan kerjasama serantau demi keselematan negara-negara serantau di Asia Tenggara.
Kesedaran Malaysia adalah berdasarkan senario rantau Asia Tenggara ketika itu:
· Mencetuskan idea penubuhan ASEAN.
Malaysia merupakan negara terawal menyedari kepentingan kerjasama serantau demi keselematan negara-negara serantau di Asia Tenggara.
Kesedaran Malaysia adalah berdasarkan senario rantau Asia Tenggara ketika itu:
- Kebanyakan negara Asia Tenggara baharu mencapai kemerdekaan maka amat perlu untuk mewujudkan kerjasama melalui satu pertubuhan yang sama.
- Asia Tenggara merupakan satu rantau yang berkedudukan strategik tetapi lemah dari segi politik dan hubungan serantau dan antarabangsa. Malaysia bimbang keadaan tersebut akan memudahkan kuasa-kuasa besar menundukkan negara Asia Tenggara atau menjadikan Asia Tenggara tempat pertelagahan. Contohnya semasa Perang Dingin, negara Asia Tenggara menjadi sasaran perebutan kuasa Barat dan komunis.
- Tekanan nasionalisme agar negara baharu merdeka berusha ke arah mendapat pengiktirafan negara lain di dunia. Maka Malaysia berusha untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut dengan cara berkerjasama semua negara Asia Tenggara.
- Keadaan negara Asia Tenggara yang masih tidak stabil dan masih terikat dengan pelbai gejala akibat penjajahan barat. Wujud pelbagai perbezaan falsafah politik dan ideologi. Contohnya Vietnam Utara dengan ideology komunisnya,Indonesia sebagai militant-nationalist dan Filipina terikat dengan Amerika Syarikat sehingga dikenalisebagai “ranting Asia”.
- Malaysia berpendapat sekiranya keadaan rantau Asia Tenggara ini berterusan masa depan negara tidak akan terjamin. Perpaduan dalam kalangan semua negara Asia Tenggara perlu untuk membina benteng pertahanan yang kukuh dalam semua aspek.
- Malaysia juga bimbang dengan pengaruh komunis dan teori Domino.
Konsep ZOPFAN ( Zon Aman, Bebas dan Berkecuali)
1. Malaysia telah menyumbang kepada idea konsep ZOPFAN. Deklarasi ini dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur dimana semua negara anggota bersepakat mengisytiharkan negara-negara Asia Tenggara sebagai ZOPFAN.
2. Konsep ini dijadikan inti dasar luar bagi negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan dalam kalangan ahli. Tujuan adalah untuk memelihara keamanan dan kestabilan politik
3. Melalui ZOPFAN negara ASEAN bebas mewujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tanpa mengira idealogi politik.
4. Hasil dari sumbangan idea Malaysia ini ZOPFAN Berjaya menghalang idealogi dan teori Domino daripada merebak ke negara Asia Tenggara. Akhirnya Vietnam mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN.
Perjanjian SEANWFZ.
Perjanjian SEANWFZ ini adalah persetujuan menjadikan kawasan Asia Tenggara kawasan bebas nuklear. Malaysia memandang berat hal ini. Menteri luar Malaysia ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyeru negara kuasa nuklear agar memberi sokongan dan menyertai perjanjian ini,dengan adanya perjanjian tersebut kawasan Asia Tenggara selamat daripada kemusnahan akibat senjata nuklear.
EKONOMI
I. Kerjasama ekonomi ASEAN melalui Zon Kawasan Perdagangan Bebas atau ASEAN Free Trade (AFTA) telah di kemukakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam siding kemuncak di Singapura. Dimana adalah untuk memperluaskan skop kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
II. Walaupun ianya mendapat tentang daripada negara maju seperti Amerika Syarikat tetapi idea Malaysia ini telah membawa kerjasama secara tidak rasmi negara ASEAN dengan negara China, Jepun dan Korea.
SOSIAL
I. Malaysia telah juga menyumbang dalam bidang pendidikan. Kerjasama dalam bidang ini telah mewujudkan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Malaysia bersetuju membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
II. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam membenteras penyalahgunaan dadah. ASEAN telah mencadangkan Persidangan Antarabangsa bagi Penyalahgunaan dadah dan Pengedaran Heroin (ICDAIT) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berjaya di adakan di Vienna pada 1987. Persidangan ini telah di pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
III. Dalam bidang kebudayaan Malaysia turut menjayakan festival kebudayaan dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Disamping berlaku pertukaran rancangan televisyen dan radio bagi merapatkan hubungan sesama negara ASEAN.
IV. Malaysia berkerjasama dalam bidang sukan. Sukan SEA diadakan juga untuk merapatkan hubungan dengan negara ASEAN dan Malaysia turut beberapa kali menjadi tuan rumah untu ksukan SEA.
V. Menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIB) padatahun 1972. MBIB kemudian bertukar menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABIBM) pada tahun 1985 dengan tujuan mangembangkan Bahasa Melayu, meningkatkan persaudaraan dan meningkatkan perannan Bahasa Melayu dengan penyelarasan istilah, ejaan dan sebutan.
PRINSIP
1. Bagi mencapai Tujuan yang dinyatakan dalam Perkara 1 ASEAN dan NegaraAnggotanya
mengesahkan dan mematuhi prinsip asasi yang terkandung dalam
perisytiharan, perjanjian, konvensyen, persetujuan, triti dan surat cara ASEAN yang
lain
2. ASEAN dan Negara Anggotanya hendaklah bertindak mengikut Prinsip yang
berikut:
(a) menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamarataan, keutuhan wilayah
dan identiti nasional kesemua Negara Anggota ASEAN.
(b) komitmen bersama dan tanggungjawab kolektif dalam meningkatkan
keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau.
(c) menolak pencerobohan dan ancaman atau penggunaan kekerasan atau
perbuatan lain dengan apa jua cara yang tidak selaras dengan undangundang
antarabangsa.
(d) pergantungan pada penyelesaian pertikaian secara aman dan damai
(e) tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara Anggota ASEAN.
(f) menghormati hak tiap-tiap Negara Anggota untuk memerintah negaranya
sendiri bebas daripada campur tangan luar, perbuatan subversif dan
paksaan.
(g) meningkatkan perundingan tentang perkara yang menjejaskan secara
seriusnya kepentingan bersama ASEAN.
(h) mematuhi rukun undang-undang, tadbir urus yang baik, prinsip demokrasi
dan kerajaan berperlembagaan.
(i) menghormati kebebasan asasi, menggalakkan dan melindungi hak asasi
manusia dan menggalakkan keadilan sosial.
(j) mendukung Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang
antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa
yang dipegang oleh Negara Anggota ASEAN;
(k) mengelak daripada turut serta dalam apa jua dasar atau aktiviti, termasuk
penggunaan wilayahnya, yang dijalankan oleh mana-mana Negara
Anggota ASEAN atau Negara Bukan ASEAN atau mana-mana pelaku
bukan Negara, yang mengancam kedaulatan, keutuhan wilayah atau
kestabilan politik dan ekonomi Negara Anggota ASEAN.
(l) menghormati budaya, bahasa dan agama rakyat ASEAN yang berlainan,
sambil menitikberatkan nilai bersamanya berdasarkan semangat kesatuan
dalam kepelbagaian.
(m) keutamaan ASEAN dalam politik, ekonomi, perhubungan sosial dan
budaya luaran sambil kekal melibatkan diri secara aktif, memandang
keluar, yang bersifat menyeluruh dan tidak mengamalkan diskriminasi.
(n) mematuhi peraturan perdagangan pelbagai pihak dan rejim berasaskan
peraturan ASEAN bagi melaksanakan secara berkesan komitmen
ekonomi dan pengurangan secara beransur-ansur ke arah penghapusan
segala sekatan terhadap integrasi ekonomi serantau dalam ekonomi yang
berteraskan pasaran.
KEPERIBADIAN UNDANG-UNDANG ASEAN
ASEAN
sebagai suatu organisasi antara kerajaan, dengan ini diberikan keperibadian
undang-undang.
HAK DAN OBLIGASI
1. Negara Anggota hendaklah mempunyai hak dan obligasi yang sama di bawah
Piagam ini.
2. Negara Anggota hendaklah mengambil segala langkah yang perlu, termasuk
memperbuat perundangan domestik yang berkenaan, bagi melaksanakan peruntukan
Piagam ini dengan berkesan dan untuk mematuhi segala obligasi keanggotaan
3. Dalam kes apabila berlakunya suatu pelanggaran serius terhadap Piagam ini
atau ketidakpatuhan.
PENERIMAAN MASUK ANGGOTA BARU
1. Tatacara bagi permohonan dan penerimaan masuk ke dalam ASEAN hendaklah
ditetapkan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN.
2. Penerimaan masuk hendaklah berasaskan kriteria yang berikut:
(a) lokasi di dalam rantau geografi Asia Tenggara yang diiktiraf.
(b) pengiktirafan oleh kesemua Negara Anggota ASEAN
(c) persetujuan untuk terikat dengan dan mematuhi Piagam.
(d) keupayaan dan kesediaan untuk menjalankan obligasi sebagai Anggota.
3. Penerimaan masuk hendaklah diputuskan secara konsensus oleh Sidang
Kemuncak ASEAN, atas syor Majlis Penyelarasan ASEAN.
4. Negara pemohon hendaklah diterima masuk ke dalam ASEAN setelah Negara
Pemohon itu menandatangani Surat Ikatan Kesertaan kepada Piagam.
BADAN
PESIDANG KEMUNCAK ASEAN
1. Sidang Kemuncak ASEAN hendaklah terdiri daripada Ketua Negara atau
Kerajaan Negara Anggota.
2. Sidang Kemuncak ASEAN hendaklah:-
(a) menjadi badan pembuat dasar ASEAN yang utama.
(b) membuat pertimbangan, mengadakan garis panduan dasar dan
membuat keputusan tentang isu penting mengenai pelaksanaan
objektif ASEAN, perkara kepentingan Negara Anggota ASEAN dan
segala isu yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Penyelarasan ASEAN,
Majlis Komuniti ASEAN dan Badan Menteri Sektor ASEAN
(c) mengarahkan Menteri yang berkenaan dalam setiap Majlis yang
berkenaan supaya mengadakan mesyuarat ad hoc antara Menteri, dan
menangani isu penting berhubung dengan ASEAN yang merentasi
Majlis Komuniti. Peraturan tatacara bagi mesyuarat itu hendaklah
diterima pakai oleh Majlis Penyelarasan ASEAN.
(d) menangani keadaan darurat yang melibatkan ASEAN dengan
mengambil langkah yang sewajarnya
(e) membenarkan penubuhan dan pembubaran Badan Menteri Sektor dan
Institusi ASEAN yang lain.
(f) melantik Setiausaha Agung ASEAN, yang berpangkat dan berstatus
Menteri, yang akan berkhidmat atas kepercayaan dan perkenan Ketua
Negara atau Kerajaan atas syor Mesyuarat Menteri Luar ASEAN.
3. Mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN hendaklah:
(a) diadakan dua kali setahun, dan Negara Anggota yang memegang
jawatan Pengerusi ASEAN hendaklah menjadi tuan rumah.
(b) diadakan, apabila perlu, sebagai mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Negara Anggota yang memegang
jawatan Pengerusi ASEAN, di tempat yang dipersetujui oleh Negara
Anggota ASEAN.
MAJLIS PENYELARASAN ASEAN
1. Majlis Penyelarasan ASEAN hendaklah terdiri daripada Menteri Luar ASEAN
dan bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.
2. Majlis Penyelarasan ASEAN hendaklah:-
(a) menyediakan mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN.
(b) menyelaraskan pelaksanaan perjanjian dan keputusan Sidang
Kemuncak ASEAN
(c) membuat penyelarasan dengan Majlis Komuniti ASEAN untuk
mempertingkat kepaduan dasar, kecekapan dan kerjasama di
kalangan mereka.
(d) menyelaraskan laporan Majlis Komuniti ASEAN untuk dikemukakan
kepada Sidang Kemuncak ASEAN
(e) mempertimbangkan laporan tahunan Setiausaha Agung tentang
kerja ASEAN
(f) mempertimbangkan laporan Setiausaha Agung tentang fungsi dan
operasi Sekretariat ASEAN dan badan lain yang berkaitan.
(g) meluluskan pelantikan dan penamatan perkhidmatan Timbalan
Setiausaha Agung atas syor Setiausaha Agung
(h) menjalankan tugas lain yang diperuntukkan dalam Piagam ini atau
apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh diperuntukkan oleh
Sidang Kemuncak ASEAN.
3. Majlis Penyelarasan ASEAN hendaklah disokong oleh pegawai kanan yang
berkenaan.
MAJLIS KOMUNITI ASEAN
1. Majlis Komuniti ASEAN hendaklah terdiri daripada Majlis Komuniti PolitikKeselamatan
ASEAN, Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN, dan Majlis Komuniti SosioBudaya
ASEAN.
2. Setiap Majlis Komuniti ASEAN hendaklah mempunyai Badan Menteri Sektor
ASEAN yang berkaitan di bawah skopnya.
3. Setiap Negara Anggota hendaklah menamakan wakil negaranya bagi setiap
mesyuarat Majlis Komuniti ASEAN.
4. Bagi mencapai objektif setiap tiga tunggak Komuniti ASEAN, setiap Majlis
Komuniti ASEAN hendaklah:
(a) memastikan pelaksanaan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN yang
berkaitan.
(b) menyelaraskan kerja sektor yang berlainan di bawah skopnya, dan
tentang isu yang merentasi Majlis Komuniti yang lain.
(c) mengemukakan laporan dan syor kepada Sidang Kemuncak ASEAN
tentang perkara di bawah skopnya.
5. Setiap Majlis Komuniti ASEAN hendaklah bersidang sekurang-kurangnya dua
kali setahun dan hendaklah dipengerusikan oleh Menteri yang berkenaan daripada
Negara Anggota yang memegang jawatan Pengerusi ASEAN.
6. Setiap Majlis Komuniti ASEAN hendaklah disokong oleh pegawai kanan yang
berkaitan.
BADAN MENTERI SEKTOR ASEAN
1. Badan Menteri Sektor ASEAN hendaklah:
(a) berfungsi mengikut mandat yang diwujudkan masing-masing.
(b) melaksanakan perjanjian dan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN di
bawah skop masing-masing.
(c) memperkukuh kerjasama dalam bidang masing-masing bagi menyokong
integrasi dan pembangunan Komuniti ASEAN.
(d) mengemukakan laporan dan syor kepada Majlis Komuniti masing-masing.
2. Setiap Badan Menteri Sektor ASEAN boleh mempunyai pegawai kanan dan
badan subsidiari yang berkaitan di bawah skopnya untuk menjalankan fungsinya. Lampiran itu boleh dikemaskinikan
oleh Setiausaha Agung ASEAN atas syor Jawatankuasa Wakil Tetap tanpa
menggunakan peruntukan tentang Pindaan di bawah Piagam ini.
SETIAUSAHA AGUNG ASEAN
DAN SEKRETARIAT ASEAN
1. Setiausaha Agung ASEAN hendaklah dilantik oleh Sidang Kemuncak ASEAN
bagi tempoh jawatan selama lima tahun yang tidak boleh diperbaharui, dipilih dari
kalangan rakyat Negara Anggota ASEAN berdasarkan giliran mengikut abjad, dengan
pertimbangan yang sewajarnya diberikan kepada integriti, kebolehan dan pengalaman
profesional, dan kesamarataan jantina.
2. Setiausaha Agung hendaklah:
(a) menjalankan kewajipan dan tanggungjawab jawatan tinggi ini mengikut
peruntukan Piagam ini dan surat cara, protokol dan amalan tetap ASEAN
yang berkenaan.
(b) memudahkan dan memantau kemajuan dalam melaksanakan perjanjian
dan keputusan ASEAN, dan mengemukakan laporan tahunan tentang
kerja ASEAN kepada Sidang Kemuncak ASEAN.
(c) mengambil bahagian dalam mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN, Majlis
Komuniti ASEAN, Majlis Penyelarasan ASEAN, dan Badan Menteri Sektor
ASEAN serta mesyuarat ASEAN lain berkenaan.
(d) mengemukakan pandangan ASEAN dan mengambil bahagian dalam
mesyuarat yang diadakan dengan pihak luar mengikut garis panduan
dasar yang diluluskan dan mandat yang diberikan kepada Setiausaha
Agung.
(e) mengesyorkan pelantikan dan penamatan perkhidmatan Timbalan
Setiausaha Agung kepada Majlis Penyelarasan ASEAN untuk kelulusan.
3. Setiausaha Agung hendaklah juga menjadi Ketua Pegawai Pentadbir ASEAN.
4. Setiausaha Agung hendaklah dibantu oleh empat orang Timbalan Setiausaha
Agung dengan pangkat dan status Timbalan Menteri. Timbalan Setiausaha Agung
hendaklah bertanggungjawab kepada Setiausaha Agung dalam
menjalankan fungsi
mereka.
5. Keempat-empat Timbalan Setiausaha Agung hendaklah berlainan
kerakyatannya daripada Setiausaha Agung dan hendaklah berasal dari empat Negara
Anggota ASEAN yang berlainan.
6. Keempat-empat Timbalan Setiausaha Agung hendaklah terdiri daripada:
(a) dua orang Timbalan Setiausaha Agung yang akan berkhidmat selama
satu tempoh tiga tahun yang tidak boleh diperbaharui, dipilih dari kalangan
rakyat Negara Anggota ASEAN berdasarkan giliran mengikut abjad,
dengan mengambil kira integriti, kelayakan, kecekapan, pengalaman dan
kesamarataan jantina.
(b) dua orang Timbalan Setiausaha Agung yang akan berkhidmat selama
satu tempoh tiga tahun, yang boleh diperbaharui selama tiga tahun lagi.
Kedua-dua Timbalan Setiausaha Agung ini hendaklah diambil ke Jawatan
itu secara terbuka berdasarkan merit.
7. Sekretariat ASEAN hendaklah terdiri daripada Setiausaha Agung dan apa-apa
bilangan kakitangan sebagaimana yang dikehendaki.
8. Setiausaha Agung dan kakitangannya hendaklah:
(a) mempunyai tahap integriti, kecekapan dan kekompetenan yang paling
tinggi dalam melaksanakan kewajipan mereka.
(b) tidak boleh meminta atau menerima arahan daripada mana-mana
kerajaan atau pihak lain di luar ASEAN.
(c) mengelak daripada melakukan apa-apa tindakan yang mungkin
menjejaskan kedudukan mereka sebagai pegawai Sekretariat yang
bertanggungjawab hanya kepada ASEAN sahaja.
9. Setiap Negara Anggota ASEAN mengaku janji untuk menghormati ciri ASEAN
yang eksklusif berhubung dengan tanggungjawab Setiausaha Agung dan
kakitangannya, dan tidak cuba untuk mempengaruhi mereka dalam menunaikan
kewajipan mereka.
JAWATANKUASA WAKIL TETAP
ASEAN
1. Setiap Negara Anggota ASEAN hendaklah melantik seorang Wakil Tetap
ASEAN dengan pangkat Duta Besar yang berpangkalan di Jakarta.
2. Wakil Tetap ini secara kolektif membentuk suatu Jawatankuasa Wakil Tetap,
yang hendaklah:
(a) menyokong kerja Majlis Komuniti ASEAN dan Badan Menteri Sektor
ASEAN.
(b) membuat penyelarasan dengan Sekretariat Kebangsaan ASEAN dan
Badan Menteri Sektor ASEAN yang lain.
(c) berhubung dengan Setiausaha Agung ASEAN dan Sekretariat ASEAN
tentang segala hal perkara yang berkaitan dengan kerjanya.
(d) memudahkan kerjasama ASEAN dengan rakan kongsi luar.
(e) melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditentukan
oleh Majlis Penyelarasan ASEAN.
SEKRETARIAT KEBANGSAAN ASEAN
Setiap Negara Anggota ASEAN hendaklah menubuhkan suatu Sekretariat Kebangsaan
ASEAN yang hendaklah:
(a) berfungsi sebagai tempat tumpuan kebangsaan.
(b) menjadi wadah maklumat tentang segala perkara ASEAN di peringkat
kebangsaan.
(c) menyelaraskan pelaksanaan keputusan ASEAN di peringkat kebangsaan.
(d) menyelaraskan dan menyokong penyediaan mesyuarat ASEAN peringkat
kebangsaan (e) memajukan identiti dan kesedaran ASEAN di peringkat kebangsaan.
(f) menyumbang kepada pembangunan komuniti ASEAN.
BADAN HAK ASASI MANUSIA ASEAN
1. Selaras dengan tujuan dan prinsip Piagam ASEAN yang berhubungan dengan
penggalakan dan perlindungan hak asasi manusia dan kebebasan asasi, ASEAN
hendaklah menubuhkan suatu badan hak asasi manusia ASEAN.
2. Badan hak asasi manusia ASEAN ini hendaklah beroperasi mengikut terma
rujukan yang ditentukan oleh Mesyuarat Menteri Luar ASEAN.
YAYASAN ASEAN
1. Yayasan ASEAN hendaklah menyokong Setiausaha Agung ASEAN dan
bekerjasama dengan badan ASEAN yang berkaitan untuk menyokong pembangunan
komuniti ASEAN dengan memupuk kesedaran yang lebih besar tentang identiti ASEAN,
interaksi antara insan, dan kerjasama erat di kalangan sektor perniagaan, masyarakat
awam, alam akademik dan pihak lain yang berkepentingan dalam ASEAN.
2. Yayasan ASEAN hendaklah bertanggungjawab kepada Setiausaha Agung
ASEAN, yang hendaklah mengemukakan laporannya kepada Sidang Kemuncak
ASEAN melalui Majlis Penyelarasan ASEAN.
KEKEBALAN DAN KEISTIMEWAAN ASEAN
1. ASEAN boleh menikmati, di wilayah Negara Anggota, kekebalan dan
keistimewaan sebagaimana yang perlu bagi pelaksanaan tujuannya.
2. Kekebalan dan keistimewaan itu hendaklah ditetapkan dalam perjanjian yang
berasingan antara ASEAN dengan Negara Anggota yang menjadi tuan rumah.
PERUNTUKAN PIAGAM BANGSA-BANGSA BERSATU
DAN TATACARA ANTARABANGSA LAIN YANG BERKAITAN
Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Piagam ini, Negara Anggota mempunyai
hak untuk menggunakan kaedah penyelesaian secara aman damai
(1) Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana surat cara
undang-undang antarabangsa yang lain yang Negara Anggota yang bertikai itu menjadi
pihak kepadanya.
BELANJAWAN DAN KEWANGAN
1. ASEAN hendaklah mewujudkan peraturan dan tatacara kewangan mengikut
standard antarabangsa.
2. ASEAN hendaklah mematuhi dasar dan amalan pengurusan kewangan yang
baik dan disiplin belanjawan yang baik.
3. Akaun kewangan hendaklah tertakluk kepada audit dalaman dan luar.
BELANJAWAN PENGENDALIAN
DAN KEWANGAN SEKRETARIAT ASEAN
1. Sekretariat ASEAN hendaklah diperuntukkan dengan sumber kewangan yang
diperlukan untuk melaksanakan fungsinya secara berkesan.
2. Belanjawan pengendalian Sekretariat ASEAN hendaklah ditanggung oleh
Negara Anggota ASEAN melalui sumbangan tahunan yang sama banyak yang
hendaklah diremitkan dalam masa yang sepatutnya.
3. Setiausaha Agung hendaklah menyediakan belanjawan pengendalian tahunan
bagi Sekretariat ASEAN untuk diluluskan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN atas syor
Jawatankuasa Wakil Tetap.
4. Sekretariat ASEAN hendaklah dikendalikan mengikut peraturan dan tatacara
kewangan yang ditentukan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN atas syor Jawatankuasa
Wakil Tetap.
PROTOKOL DAN AMALAN DIPLOMATIK
ASEAN
Negara Anggotanya hendaklah mematuhi protokol dan amalan diplomatik
yang sedia ada dalam menjalankan segala aktiviti yang berhubungan dengan ASEAN.
Apa-apa perubahan hendaklah diluluskan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN atas syor
Jawatankuasa Wakil Tetap.
BAHASA KERJA ASEAN
Bahasa kerja ASEAN ialah bahasa Inggeris.
IDENTITI DAN LAMBANG IDENTITI ASEAN
ASEAN hendaklah memajukan identiti ASEAN bersama dan semangat kekitaan di
kalangan rakyatnya bagi mencapai hala tujuan, matlamat dan nilai yang dikongsinya
bersama.
COGAN KATA ASEA
Cogan kata ASEAN ialah: ”Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti.
PENJALANAN HUBUNGAN LUAR
1. ASEAN hendaklah menggalakkan hubungan persahabatan dan dialog yang
memberikan manfaat bersama, kerjasama dan perkongsian dengan negara dan
organisasi dan institusi subrantau, serantau dan antarabangsa.
2. Hubungan luar ASEAN hendaklah mematuhi tujuan dan prinsip yang ditetapkan
dalam Piagam ini.
3. ASEAN hendaklah menjadi daya penggerak utama dalam perkiraan serantau
yang dimulakannya dan mengekalkan keutamaannya dalam kerjasama dan
pembangunan komuniti serantau.
4. Dalam menjalankan hubungan luar ASEAN, Negara Anggota hendaklah,
berdasarkan kesatuan dan perpaduan, menyelaraskan dan berusaha untuk
mewujudkan pendirian bersama dan berusaha untuk melakukan tindakan bersama.
5. Arah dasar strategik hubungan luar ASEAN hendaklah ditetapkan Sidang
Kemuncak ASEAN atas syor Mesyuarat Menteri Luar ASEAN.
6. Mesyuarat Menteri Luar ASEAN hendaklah memastikan keselarasan dan
kepaduan dalam menjalankan hubungan luar ASEAN.
7. ASEAN boleh membuat perjanjian dengan negara atau organisasi dan institusi
subrantau, serantau dan antarabangsa. Tatacara bagi membuat perjanjian itu
hendaklah ditetapkan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN setelah berunding dengan
Majlis Komuniti ASEAN.
HUBUNGAN DENGAN SISTEM BANGSA-BANGSA BERSATU
DAN ORGANISASI DAN INSTITUSI ANTARABANGSA YANG LAIN
1. ASEAN boleh mendapatkan status yang bersesuaian dengan sistem BangsaBangsa
Bersatu dan juga dengan organisasi dan institusi subrantau, serantau dan
antarabangsa yang lain.
2. Majlis Penyelarasan ASEAN hendaklah memutuskan mengenai penyertaan
ASEAN dalam organisasi dan institusi subrantau, serantau dan antarabangsa yang lain.
BENDERA ASEAN
Bendera ASEAN menggambarkan ASEAN yang stabil, aman damai, bersatu dan
dinamik. Warna Bendera biru, merah, putih dan kuning menggambarkan warna
utama bendera kesemua Negara Anggota ASEAN.
- Biru melambangkan keamanan dan kestabilan.
- Merah menggambarkan keberanian dan dinamisme.
- Putih menunjukkan kesucian
- kuning melambangkan kemakmuran
- Tangkai padi menggambarkan impian Bapa Pengasas ASEAN bagi suatu ASEAN yang terdiri daripada semua negara di Asia Tenggara yang terikat dengan persahabatan dan perpaduan. Bulatan menggambarkan kesatuan ASEAN.
Faedah Malaysia dalam ASEAN
*Antara
faedah Malaysia dalam ASEAN ialah :-
- Dapat menjalin hubungan baik dengan Negara serantau termasuklah menjamin kestabilan politik negara kita.
- Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau seperti mendapat keamanan dan kemakmuran di negara kita.
- Negara kita dapat menjamin hubungan baik dengan negara serantau serta dapat meningkatkan taraf pendidikan di Negara kita.
- Penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat menjalin hubungan baik dengan negara serantau.
- Meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.
TERIMA KASIH :)
Subscribe to:
Posts (Atom)