Thursday, 17 September 2015

ASEAN




 LATAR BELAKANG ASEAN

ASSOCIATION OF SOUTHEAST ASIAN NATIONS atau persatuan negara-negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 OGOS 1967 di BANGKOK dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November untuk mengeratkan lagi perpaduan antara ANGGOTA ASEAN. Selain itu, ANGGOTA ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Leste dan Papua New Guinea ini disebabkan Negara Timor Leste dan Papua New Guinea ialah Negara pemerhati bagi Negara ASEAN. Walaubagaimanapun, ASEAN di tubuhkan oleh lima negara pengasas iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatangan satu perjanjian yang dikenali sebagai DEKLARASI BANGKOK.


Kandungan Deklarasi Bangkok


1)   Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan di Aasia Tenggara.
2)   Meningkatkan kerjasama dan saling membantu untuk kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, teknik dan ilmu pengetahuan.
3)   Memelihara kerjasama yang erat di tengah-tengah organisasi regional dan internasional yang ada.
4)   Meningkatkan kerjasama untuk memajukan pendidikan, latihan dan penelitian di kawasan Asia Tenggara.

TUJUAN
  •   Untuk mengekalkan dan mempertingkat keamanan, keselamatan dan kestabilan dan selanjutnya untuk memperkukuh nilai yang berteraskan keamanan di rantau ini; 
  •  Untuk mempertingkat ketahanan serantau dengan menggalakkan kerjasama politik, keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya yang lebih erat; 
  •  Untuk mengekalkan Asia Tenggara sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear dan bebas daripada segala senjata pemusnah besar-besaran yang lain; 
  •  Untuk memastikan bahawa rakyat dan Negara Anggota ASEAN hidup dengan aman di kalangan rakyat seluruh dunia dalam persekitaran yang adil, demokratik dan penuh harmoni; 
  •  Untuk mewujudkan suatu pasaran dan pangkalan pusat pengeluaran tunggal yang stabil, makmur, berdaya saing dan berintegrasi dari segi ekonomi dengan kemudahan berkesan bagi perdagangan dan pelaburan yang dalamnya wujud pengaliran bebas barangan, perkhidmatan dan pelaburan; memudahkan pergerakan ahli perniagaan, ahli profesional, bakat dan tenaga kerja; dan aliran modal yang lebih bebas; 
  • Untuk mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pembangunan dalam ASEAN melalui bantuan bersama dan kerjasama; 
  •  Untuk memperkukuh demokrasi, meningkatkan tadbir urus yang baik dan rukun undang-undang, dan untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asasi dengan mengambil kira hak dan tanggungjawab Negara Anggota ASEAN; 
  • Untuk bergerak balas secara berkesan, mengikut prinsip keselamatan yang menyeluruh, terhadap segala bentuk ancaman, jenayah rentas negara dan cabaran rentas sempadan.
  •  Untuk menggalakkan pembangunan yang lestari supaya dapat memastikan alam sekitar rantau ini dilindungi, kelestarian sumber aslinya, dilestarikan warisan budaya dan kualiti hidup penduduknya yang tinggi dipelihara.
  •  Untuk membangunkan sumber manusia melalui kerjasama yang lebih erat dalam bidang pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat, dan dalam bidang sains dan 5 teknologi, bagi memperkasakan rakyat ASEAN dan bagi memantapkan Komuniti ASEAN.
  •  Untuk meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan rakyat ASEAN dengan memberikan mereka peluang yang saksama bagi pembangunan modal insan, kebajikan sosial dan keadilan; 12. Untuk memperkukuh kerjasama dalam membina persekitaran yang selamat, terjamin dan bebas daripada dadah untuk rakyat ASEAN.
  •  Untuk memajukan ASEAN yang berorientasikan rakyat yang dalamnya kesemua sektor masyarakat digalakkan untuk turut serta dalam, dan memperoleh manfaat daripada, proses integrasi dan pembangunan komuniti ASEAN.
  • . Untuk memajukan suatu identiti ASEAN melalui peransangan kesedaran yang lebih besar terhadap kepelbagaian budaya dan warisan rantau ini.
  •  Untuk mengekalkan keutamaan dan peranan proaktif ASEAN sebagai daya penggerak utama dalam hubungan dan kerjasamanya dengan rakan kongsi luar dalam seni bina serantau yang terbuka, telus dan menyeluruh.


                Matlamat ASEAN ditubuhkan

Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah Negara.Negara Anggota ASEAN yang terlibat pada masa kini ialah :- 
  • Brunei Darussalam
  •  Kerajaan Kemboja, 
  • Republik Indonesia, 
  • Republik Demokratik Rakyat Laos,
  •  Malaysia, 
  • Kesatuan Myanmar, 
  • Republik Filipina,
  •  Republik Singapura,
  •  Kerajaan Thailand
  • Republik Sosialis VietNam
Penubuhan Asean mempunyai 5 peranan utama dan berikut adalah 2 daripadanya:-
  1. Penubuhan sebuah persatuan untuk kerjasama serantau dikalangan Negara Asia Tenggara. Pertubuhan ini dikenali sebagai Persatuan Negara Asia Tenggara- ASEAN.
  2. Diantara matlamat penubuhan Asean itu juga adalah untuk:
  •  -Mengekalkan di rantau asia tenggara
  •  -Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Politik

· Mencetuskan idea penubuhan ASEAN.
Malaysia merupakan negara terawal menyedari kepentingan kerjasama serantau demi keselematan negara-negara serantau di Asia Tenggara.
Kesedaran Malaysia adalah berdasarkan senario rantau Asia Tenggara ketika itu:

  1.  Kebanyakan negara Asia Tenggara baharu mencapai kemerdekaan maka amat perlu untuk mewujudkan kerjasama melalui satu pertubuhan yang sama.   
  2. Asia Tenggara merupakan satu rantau yang berkedudukan strategik tetapi lemah dari segi politik dan hubungan serantau dan antarabangsa. Malaysia bimbang keadaan tersebut akan memudahkan kuasa-kuasa besar menundukkan negara Asia Tenggara atau menjadikan Asia Tenggara tempat pertelagahan. Contohnya semasa Perang Dingin, negara Asia Tenggara menjadi sasaran perebutan kuasa Barat dan komunis.
  3. Tekanan nasionalisme agar negara baharu merdeka berusha ke arah mendapat pengiktirafan negara lain di dunia. Maka Malaysia berusha untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut dengan cara berkerjasama semua negara Asia Tenggara.
  4. Keadaan negara Asia Tenggara yang masih tidak stabil dan masih terikat dengan pelbai gejala akibat penjajahan barat. Wujud pelbagai perbezaan falsafah politik dan ideologi. Contohnya Vietnam Utara dengan ideology komunisnya,Indonesia sebagai militant-nationalist dan Filipina terikat dengan Amerika Syarikat sehingga dikenalisebagai “ranting Asia”.
  5. Malaysia berpendapat sekiranya keadaan rantau Asia Tenggara ini berterusan masa depan negara tidak akan terjamin. Perpaduan dalam kalangan semua negara Asia Tenggara perlu untuk membina benteng pertahanan yang kukuh dalam semua aspek.
  6.  Malaysia juga bimbang dengan pengaruh komunis dan teori Domino. 


 Konsep ZOPFAN ( Zon Aman, Bebas dan Berkecuali)

1. Malaysia telah menyumbang kepada idea konsep ZOPFAN. Deklarasi ini dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur dimana semua negara anggota bersepakat mengisytiharkan negara-negara Asia Tenggara sebagai ZOPFAN.

2. Konsep ini dijadikan inti dasar luar bagi negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan dalam kalangan ahli. Tujuan adalah untuk memelihara keamanan dan kestabilan politik

3. Melalui ZOPFAN negara ASEAN bebas mewujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tanpa mengira idealogi politik.

4. Hasil dari sumbangan idea Malaysia ini ZOPFAN Berjaya menghalang idealogi dan teori Domino daripada merebak ke negara Asia Tenggara. Akhirnya Vietnam mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN.


Perjanjian SEANWFZ.

Perjanjian SEANWFZ ini adalah persetujuan menjadikan kawasan Asia Tenggara kawasan bebas nuklear. Malaysia memandang berat hal ini. Menteri luar Malaysia ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyeru negara kuasa nuklear agar memberi sokongan dan menyertai perjanjian ini,dengan adanya perjanjian tersebut kawasan Asia Tenggara selamat daripada kemusnahan akibat senjata nuklear.

 EKONOMI

I. Kerjasama ekonomi ASEAN melalui Zon Kawasan Perdagangan Bebas atau ASEAN Free Trade (AFTA) telah di kemukakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam siding kemuncak di Singapura. Dimana adalah untuk memperluaskan skop kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.

II. Walaupun ianya mendapat tentang daripada negara maju seperti Amerika Syarikat tetapi idea Malaysia ini telah membawa kerjasama secara tidak rasmi negara ASEAN dengan negara China, Jepun dan Korea.



SOSIAL

I. Malaysia telah juga menyumbang dalam bidang pendidikan. Kerjasama dalam bidang ini telah mewujudkan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Malaysia bersetuju membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.

II. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam membenteras penyalahgunaan dadah. ASEAN telah mencadangkan Persidangan Antarabangsa bagi Penyalahgunaan dadah dan Pengedaran Heroin (ICDAIT) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berjaya di adakan di Vienna pada 1987. Persidangan ini telah di pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

III. Dalam bidang kebudayaan Malaysia turut menjayakan festival kebudayaan dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Disamping berlaku pertukaran rancangan televisyen dan radio bagi merapatkan hubungan sesama negara ASEAN.

IV. Malaysia berkerjasama dalam bidang sukan. Sukan SEA diadakan juga untuk merapatkan hubungan dengan negara ASEAN dan Malaysia turut beberapa kali menjadi tuan rumah untu ksukan SEA.

V. Menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIB) padatahun 1972. MBIB kemudian bertukar menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABIBM) pada tahun 1985 dengan tujuan mangembangkan Bahasa Melayu, meningkatkan persaudaraan dan meningkatkan perannan Bahasa Melayu dengan penyelarasan istilah, ejaan dan sebutan.

PRINSIP

1. Bagi mencapai Tujuan yang dinyatakan dalam Perkara 1 ASEAN dan NegaraAnggotanya mengesahkan dan mematuhi prinsip asasi yang terkandung dalam perisytiharan, perjanjian, konvensyen, persetujuan, triti dan surat cara ASEAN yang lain
 2. ASEAN dan Negara Anggotanya hendaklah bertindak mengikut Prinsip yang berikut:

 (a) menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamarataan, keutuhan wilayah dan identiti nasional kesemua Negara Anggota ASEAN.
 (b) komitmen bersama dan tanggungjawab kolektif dalam meningkatkan keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau.
 (c) menolak pencerobohan dan ancaman atau penggunaan kekerasan atau perbuatan lain dengan apa jua cara yang tidak selaras dengan undangundang antarabangsa.
(d) pergantungan pada penyelesaian pertikaian secara aman dan damai
(e) tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara Anggota ASEAN.
(f) menghormati hak tiap-tiap Negara Anggota untuk memerintah negaranya sendiri bebas daripada campur tangan luar, perbuatan subversif dan paksaan.
(g) meningkatkan perundingan tentang perkara yang menjejaskan secara seriusnya kepentingan bersama ASEAN.
(h) mematuhi rukun undang-undang, tadbir urus yang baik, prinsip demokrasi dan kerajaan berperlembagaan.
(i) menghormati kebebasan asasi, menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia dan menggalakkan keadilan sosial.
(j) mendukung Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang dipegang oleh Negara Anggota ASEAN; (k) mengelak daripada turut serta dalam apa jua dasar atau aktiviti, termasuk penggunaan wilayahnya, yang dijalankan oleh mana-mana Negara Anggota ASEAN atau Negara Bukan ASEAN atau mana-mana pelaku bukan Negara, yang mengancam kedaulatan, keutuhan wilayah atau kestabilan politik dan ekonomi Negara Anggota ASEAN.
(l) menghormati budaya, bahasa dan agama rakyat ASEAN yang berlainan, sambil menitikberatkan nilai bersamanya berdasarkan semangat kesatuan dalam kepelbagaian.
(m) keutamaan ASEAN dalam politik, ekonomi, perhubungan sosial dan budaya luaran sambil kekal melibatkan diri secara aktif, memandang keluar, yang bersifat menyeluruh dan tidak mengamalkan diskriminasi.
(n) mematuhi peraturan perdagangan pelbagai pihak dan rejim berasaskan peraturan ASEAN bagi melaksanakan secara berkesan komitmen ekonomi dan pengurangan secara beransur-ansur ke arah penghapusan segala sekatan terhadap integrasi ekonomi serantau dalam ekonomi yang berteraskan pasaran.

KEPERIBADIAN UNDANG-UNDANG ASEAN ASEAN

sebagai suatu organisasi antara kerajaan, dengan ini diberikan keperibadian undang-undang. 

HAK DAN OBLIGASI 

1. Negara Anggota hendaklah mempunyai hak dan obligasi yang sama di bawah Piagam ini.
2. Negara Anggota hendaklah mengambil segala langkah yang perlu, termasuk memperbuat perundangan domestik yang berkenaan, bagi melaksanakan peruntukan Piagam ini dengan berkesan dan untuk mematuhi segala obligasi keanggotaan
3. Dalam kes apabila berlakunya suatu pelanggaran serius terhadap Piagam ini atau ketidakpatuhan.

PENERIMAAN MASUK ANGGOTA BARU 

1. Tatacara bagi permohonan dan penerimaan masuk ke dalam ASEAN hendaklah ditetapkan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN. 
2. Penerimaan masuk hendaklah berasaskan kriteria yang berikut: 
  (a) lokasi di dalam rantau geografi Asia Tenggara yang diiktiraf.
  (b) pengiktirafan oleh kesemua Negara Anggota ASEAN
  (c) persetujuan untuk terikat dengan dan mematuhi Piagam.
  (d) keupayaan dan kesediaan untuk menjalankan obligasi sebagai Anggota. 
3. Penerimaan masuk hendaklah diputuskan secara konsensus oleh Sidang Kemuncak ASEAN, atas syor Majlis Penyelarasan ASEAN. 
4. Negara pemohon hendaklah diterima masuk ke dalam ASEAN setelah Negara Pemohon itu menandatangani Surat Ikatan Kesertaan kepada Piagam.

 BADAN PESIDANG KEMUNCAK ASEAN 

1. Sidang Kemuncak ASEAN hendaklah terdiri daripada Ketua Negara atau Kerajaan Negara Anggota. 
2. Sidang Kemuncak ASEAN hendaklah:-
    (a) menjadi badan pembuat dasar ASEAN yang utama.
    (b) membuat pertimbangan, mengadakan garis panduan dasar dan membuat keputusan tentang isu penting mengenai pelaksanaan objektif ASEAN, perkara kepentingan Negara Anggota ASEAN dan segala isu yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Penyelarasan ASEAN, Majlis Komuniti ASEAN dan Badan Menteri Sektor ASEAN
    (c) mengarahkan Menteri yang berkenaan dalam setiap Majlis yang berkenaan supaya mengadakan mesyuarat ad hoc antara Menteri, dan menangani isu penting berhubung  dengan ASEAN yang merentasi Majlis Komuniti. Peraturan tatacara bagi mesyuarat itu hendaklah diterima pakai oleh Majlis Penyelarasan ASEAN.
   (d) menangani keadaan darurat yang melibatkan ASEAN dengan mengambil langkah yang sewajarnya 
   (e) membenarkan penubuhan dan pembubaran Badan Menteri Sektor dan Institusi ASEAN yang lain. 
   (f) melantik Setiausaha Agung ASEAN, yang berpangkat dan berstatus Menteri, yang akan berkhidmat atas kepercayaan dan perkenan Ketua Negara atau Kerajaan atas syor Mesyuarat Menteri Luar ASEAN. 

3. Mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN hendaklah: 
  (a) diadakan dua kali setahun, dan Negara Anggota yang memegang jawatan Pengerusi ASEAN hendaklah menjadi tuan rumah.
  (b) diadakan, apabila perlu, sebagai mesyuarat khas  yang dipengerusikan oleh Negara Anggota yang memegang jawatan Pengerusi ASEAN, di tempat yang dipersetujui oleh Negara Anggota ASEAN. 

 MAJLIS PENYELARASAN ASEAN 

1. Majlis Penyelarasan ASEAN hendaklah terdiri daripada Menteri Luar ASEAN dan bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.
2. Majlis Penyelarasan ASEAN hendaklah:-
    (a) menyediakan mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN. 
    (b) menyelaraskan pelaksanaan perjanjian dan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN   
    (c) membuat penyelarasan dengan Majlis Komuniti ASEAN untuk mempertingkat kepaduan dasar, kecekapan dan kerjasama di kalangan mereka.
    (d) menyelaraskan laporan Majlis Komuniti ASEAN untuk dikemukakan kepada Sidang Kemuncak ASEAN
    (e) mempertimbangkan laporan tahunan Setiausaha Agung tentang kerja ASEAN
    (f) mempertimbangkan laporan Setiausaha Agung tentang fungsi dan operasi Sekretariat ASEAN dan badan lain yang berkaitan.
   (g) meluluskan pelantikan dan penamatan perkhidmatan Timbalan Setiausaha Agung atas syor Setiausaha Agung
   (h) menjalankan tugas lain yang diperuntukkan dalam Piagam ini atau apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh diperuntukkan oleh Sidang Kemuncak ASEAN.
3. Majlis Penyelarasan ASEAN hendaklah disokong oleh pegawai kanan yang berkenaan. 

 MAJLIS KOMUNITI ASEAN
1. Majlis Komuniti ASEAN hendaklah terdiri daripada Majlis Komuniti PolitikKeselamatan ASEAN, Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN, dan Majlis Komuniti SosioBudaya ASEAN. 2. Setiap Majlis Komuniti ASEAN hendaklah mempunyai Badan Menteri Sektor ASEAN yang berkaitan di bawah skopnya. 
3. Setiap Negara Anggota hendaklah menamakan wakil negaranya bagi setiap mesyuarat Majlis Komuniti ASEAN.
4. Bagi mencapai objektif setiap tiga tunggak Komuniti ASEAN, setiap Majlis Komuniti ASEAN hendaklah: 
    (a) memastikan pelaksanaan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN yang berkaitan.
    (b) menyelaraskan kerja sektor yang berlainan di bawah skopnya, dan tentang isu yang merentasi Majlis Komuniti yang lain. 
    (c) mengemukakan laporan dan syor kepada Sidang Kemuncak ASEAN tentang perkara di bawah skopnya. 

5. Setiap Majlis Komuniti ASEAN hendaklah bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun dan hendaklah dipengerusikan oleh Menteri yang berkenaan daripada Negara Anggota yang memegang jawatan Pengerusi ASEAN. 
6. Setiap Majlis Komuniti ASEAN hendaklah disokong oleh pegawai kanan yang berkaitan.
 BADAN MENTERI SEKTOR ASEAN

 1. Badan Menteri Sektor ASEAN hendaklah: 
     (a) berfungsi mengikut mandat yang diwujudkan masing-masing. 
     (b) melaksanakan perjanjian dan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN di bawah skop masing-masing. 
     (c) memperkukuh kerjasama dalam bidang masing-masing bagi menyokong integrasi dan pembangunan Komuniti ASEAN.
     (d) mengemukakan laporan dan syor kepada Majlis Komuniti masing-masing. 

2. Setiap Badan Menteri Sektor ASEAN boleh mempunyai pegawai kanan dan badan subsidiari yang berkaitan di bawah skopnya untuk menjalankan fungsinya. Lampiran itu boleh dikemaskinikan oleh Setiausaha Agung ASEAN atas syor Jawatankuasa Wakil Tetap tanpa menggunakan peruntukan tentang Pindaan di bawah Piagam ini.

SETIAUSAHA AGUNG ASEAN DAN SEKRETARIAT ASEAN 

1. Setiausaha Agung ASEAN hendaklah dilantik oleh Sidang Kemuncak ASEAN bagi tempoh jawatan selama lima tahun yang tidak boleh diperbaharui, dipilih dari kalangan rakyat Negara Anggota ASEAN berdasarkan giliran mengikut abjad, dengan pertimbangan yang sewajarnya diberikan kepada integriti, kebolehan dan pengalaman profesional, dan kesamarataan jantina. 
2. Setiausaha Agung hendaklah: 
     (a) menjalankan kewajipan dan tanggungjawab jawatan tinggi ini mengikut peruntukan Piagam ini dan surat cara, protokol dan amalan tetap ASEAN yang berkenaan. 
     (b) memudahkan dan memantau kemajuan dalam melaksanakan perjanjian dan keputusan ASEAN, dan mengemukakan laporan tahunan tentang kerja ASEAN kepada Sidang Kemuncak ASEAN. 
     (c) mengambil bahagian dalam mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN, Majlis Komuniti ASEAN, Majlis Penyelarasan ASEAN, dan Badan Menteri Sektor ASEAN serta mesyuarat ASEAN lain berkenaan. 
     (d) mengemukakan pandangan ASEAN dan mengambil bahagian dalam mesyuarat yang diadakan dengan pihak luar mengikut garis panduan dasar yang diluluskan dan mandat yang diberikan kepada Setiausaha Agung. 
     (e) mengesyorkan pelantikan dan penamatan perkhidmatan Timbalan Setiausaha Agung kepada Majlis Penyelarasan ASEAN untuk kelulusan. 
3. Setiausaha Agung hendaklah juga menjadi Ketua Pegawai Pentadbir ASEAN. 
4. Setiausaha Agung hendaklah dibantu oleh empat orang Timbalan Setiausaha Agung dengan pangkat dan status Timbalan Menteri. Timbalan Setiausaha Agung hendaklah bertanggungjawab kepada Setiausaha Agung dalam
 menjalankan fungsi mereka. 
5. Keempat-empat Timbalan Setiausaha Agung hendaklah berlainan kerakyatannya daripada Setiausaha Agung dan hendaklah berasal dari empat Negara Anggota ASEAN yang berlainan. 
6. Keempat-empat Timbalan Setiausaha Agung hendaklah terdiri daripada: 
     (a) dua orang Timbalan Setiausaha Agung yang akan berkhidmat selama satu tempoh tiga tahun yang tidak boleh diperbaharui, dipilih dari kalangan rakyat Negara Anggota ASEAN berdasarkan giliran mengikut abjad, dengan mengambil kira integriti, kelayakan, kecekapan, pengalaman dan kesamarataan jantina. 
     (b) dua orang Timbalan Setiausaha Agung yang akan berkhidmat selama satu tempoh tiga tahun, yang boleh diperbaharui selama tiga tahun lagi. Kedua-dua Timbalan Setiausaha Agung ini hendaklah diambil ke Jawatan itu secara terbuka berdasarkan merit. 

7. Sekretariat ASEAN hendaklah terdiri daripada Setiausaha Agung dan apa-apa bilangan kakitangan sebagaimana yang dikehendaki.
8. Setiausaha Agung dan kakitangannya hendaklah: 
(a) mempunyai tahap integriti, kecekapan dan kekompetenan yang paling tinggi dalam melaksanakan kewajipan mereka. 
(b) tidak boleh meminta atau menerima arahan daripada mana-mana kerajaan atau pihak lain di luar ASEAN. 
(c) mengelak daripada melakukan apa-apa tindakan yang mungkin menjejaskan kedudukan mereka sebagai pegawai Sekretariat yang bertanggungjawab hanya kepada ASEAN sahaja. 
9. Setiap Negara Anggota ASEAN mengaku janji untuk menghormati ciri ASEAN yang eksklusif berhubung dengan tanggungjawab Setiausaha Agung dan kakitangannya, dan tidak cuba untuk mempengaruhi mereka dalam menunaikan kewajipan mereka.

JAWATANKUASA WAKIL TETAP ASEAN 

1. Setiap Negara Anggota ASEAN hendaklah melantik seorang Wakil Tetap ASEAN dengan pangkat Duta Besar yang berpangkalan di Jakarta. 
2. Wakil Tetap ini secara kolektif membentuk suatu Jawatankuasa Wakil Tetap, yang hendaklah: 
(a) menyokong kerja Majlis Komuniti ASEAN dan Badan Menteri Sektor ASEAN.
(b) membuat penyelarasan dengan Sekretariat Kebangsaan ASEAN dan Badan Menteri Sektor ASEAN yang lain.
(c) berhubung dengan Setiausaha Agung ASEAN dan Sekretariat ASEAN tentang segala hal perkara yang berkaitan dengan kerjanya.
(d) memudahkan kerjasama ASEAN dengan rakan kongsi luar.
(e) melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN.

SEKRETARIAT KEBANGSAAN ASEAN

 Setiap Negara Anggota ASEAN hendaklah menubuhkan suatu Sekretariat Kebangsaan ASEAN yang hendaklah: 
(a) berfungsi sebagai tempat tumpuan kebangsaan. 
(b) menjadi wadah maklumat tentang segala perkara ASEAN di peringkat kebangsaan.
(c) menyelaraskan pelaksanaan keputusan ASEAN di peringkat kebangsaan. 
(d) menyelaraskan dan menyokong penyediaan mesyuarat ASEAN peringkat kebangsaan (e) memajukan identiti dan kesedaran ASEAN di peringkat kebangsaan.
(f) menyumbang kepada pembangunan komuniti ASEAN.

BADAN HAK ASASI MANUSIA ASEAN 

1. Selaras dengan tujuan dan prinsip Piagam ASEAN yang berhubungan dengan penggalakan dan perlindungan hak asasi manusia dan kebebasan asasi, ASEAN hendaklah menubuhkan suatu badan hak asasi manusia ASEAN. 
2. Badan hak asasi manusia ASEAN ini hendaklah beroperasi mengikut terma rujukan yang ditentukan oleh Mesyuarat Menteri Luar ASEAN.

YAYASAN ASEAN 

1. Yayasan ASEAN hendaklah menyokong Setiausaha Agung ASEAN dan bekerjasama dengan badan ASEAN yang berkaitan untuk menyokong pembangunan komuniti ASEAN dengan memupuk kesedaran yang lebih besar tentang identiti ASEAN, interaksi antara insan, dan kerjasama erat di kalangan sektor perniagaan, masyarakat awam, alam akademik dan pihak lain yang berkepentingan dalam ASEAN.

2. Yayasan ASEAN hendaklah bertanggungjawab kepada Setiausaha Agung ASEAN, yang hendaklah mengemukakan laporannya kepada Sidang Kemuncak ASEAN melalui Majlis Penyelarasan ASEAN.

KEKEBALAN DAN KEISTIMEWAAN ASEAN

1. ASEAN boleh menikmati, di wilayah Negara Anggota, kekebalan dan keistimewaan sebagaimana yang perlu bagi pelaksanaan tujuannya. 
 2. Kekebalan dan keistimewaan itu hendaklah ditetapkan dalam perjanjian yang berasingan antara ASEAN dengan Negara Anggota yang menjadi tuan rumah. 

PERUNTUKAN PIAGAM BANGSA-BANGSA BERSATU DAN TATACARA ANTARABANGSA LAIN YANG BERKAITAN 

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Piagam ini, Negara Anggota mempunyai hak untuk menggunakan kaedah penyelesaian secara aman damai 

(1) Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana surat cara undang-undang antarabangsa yang lain yang Negara Anggota yang bertikai itu menjadi pihak kepadanya.

BELANJAWAN DAN KEWANGAN

1. ASEAN hendaklah mewujudkan peraturan dan tatacara kewangan mengikut standard antarabangsa. 
2. ASEAN hendaklah mematuhi dasar dan amalan pengurusan kewangan yang baik dan disiplin belanjawan yang baik. 
3. Akaun kewangan hendaklah tertakluk kepada audit dalaman dan luar.


BELANJAWAN PENGENDALIAN DAN KEWANGAN SEKRETARIAT ASEAN 

1. Sekretariat ASEAN hendaklah diperuntukkan dengan sumber kewangan yang diperlukan untuk melaksanakan fungsinya secara berkesan. 
2. Belanjawan pengendalian Sekretariat ASEAN hendaklah ditanggung oleh Negara Anggota ASEAN melalui sumbangan tahunan yang sama banyak yang hendaklah diremitkan dalam masa yang sepatutnya. 
3. Setiausaha Agung hendaklah menyediakan belanjawan pengendalian tahunan bagi Sekretariat ASEAN untuk diluluskan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN atas syor Jawatankuasa Wakil Tetap. 
4. Sekretariat ASEAN hendaklah dikendalikan mengikut peraturan dan tatacara kewangan yang ditentukan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN atas syor Jawatankuasa Wakil Tetap. 


 PROTOKOL DAN AMALAN DIPLOMATIK ASEAN 

Negara Anggotanya hendaklah mematuhi protokol dan amalan diplomatik yang sedia ada dalam menjalankan segala aktiviti yang berhubungan dengan ASEAN. Apa-apa perubahan hendaklah diluluskan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN atas syor Jawatankuasa Wakil Tetap.

BAHASA KERJA ASEAN 

Bahasa kerja ASEAN ialah bahasa Inggeris. 

IDENTITI DAN LAMBANG IDENTITI ASEAN
ASEAN hendaklah memajukan identiti ASEAN bersama dan semangat kekitaan di kalangan rakyatnya bagi mencapai hala tujuan, matlamat dan nilai yang dikongsinya bersama. 

COGAN KATA ASEA

Cogan kata ASEAN ialah: ”Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti. 

 PENJALANAN HUBUNGAN LUAR 

1. ASEAN hendaklah menggalakkan hubungan persahabatan dan dialog yang memberikan manfaat bersama, kerjasama dan perkongsian dengan negara dan organisasi dan institusi subrantau, serantau dan antarabangsa. 
2. Hubungan luar ASEAN hendaklah mematuhi tujuan dan prinsip yang ditetapkan dalam Piagam ini. 
3. ASEAN hendaklah menjadi daya penggerak utama dalam perkiraan serantau yang dimulakannya dan mengekalkan keutamaannya dalam kerjasama dan pembangunan komuniti serantau. 
4. Dalam menjalankan hubungan luar ASEAN, Negara Anggota hendaklah, berdasarkan kesatuan dan perpaduan, menyelaraskan dan berusaha untuk mewujudkan pendirian bersama dan berusaha untuk melakukan tindakan bersama. 
5. Arah dasar strategik hubungan luar ASEAN hendaklah ditetapkan Sidang Kemuncak ASEAN atas syor Mesyuarat Menteri Luar ASEAN. 
6. Mesyuarat Menteri Luar ASEAN hendaklah memastikan keselarasan dan kepaduan dalam menjalankan hubungan luar ASEAN. 
7. ASEAN boleh membuat perjanjian dengan negara atau organisasi dan institusi subrantau, serantau dan antarabangsa. Tatacara bagi membuat perjanjian itu hendaklah ditetapkan oleh Majlis Penyelarasan ASEAN setelah berunding dengan Majlis Komuniti ASEAN. 

HUBUNGAN DENGAN SISTEM BANGSA-BANGSA BERSATU DAN ORGANISASI DAN INSTITUSI ANTARABANGSA YANG LAIN 

1. ASEAN boleh mendapatkan status yang bersesuaian dengan sistem BangsaBangsa Bersatu dan juga dengan organisasi dan institusi subrantau, serantau dan antarabangsa yang lain. 
2. Majlis Penyelarasan ASEAN hendaklah memutuskan mengenai penyertaan ASEAN dalam organisasi dan institusi subrantau, serantau dan antarabangsa yang lain. 

 BENDERA ASEAN 

Bendera ASEAN menggambarkan ASEAN yang stabil, aman damai, bersatu dan dinamik. Warna Bendera biru, merah, putih dan kuning menggambarkan warna utama bendera kesemua Negara Anggota ASEAN. 
  • Biru melambangkan keamanan dan kestabilan. 
  • Merah menggambarkan keberanian dan dinamisme. 
  • Putih menunjukkan kesucian
  • kuning melambangkan kemakmuran
  • Tangkai padi menggambarkan impian Bapa Pengasas ASEAN bagi suatu ASEAN yang terdiri daripada semua negara di Asia Tenggara yang terikat dengan persahabatan dan perpaduan. Bulatan menggambarkan kesatuan ASEAN. 

Faedah Malaysia dalam ASEAN

*Antara faedah  Malaysia dalam ASEAN ialah :- 

  1. Dapat menjalin hubungan baik dengan Negara serantau termasuklah menjamin kestabilan politik negara kita.
  2. Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau seperti mendapat keamanan dan kemakmuran di negara kita.
  3.  Negara kita dapat menjamin hubungan baik dengan negara serantau  serta dapat meningkatkan taraf pendidikan di Negara kita. 
  4.  Penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat menjalin hubungan baik dengan negara serantau.
  5. Meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.


 KESIMPULAN

Maklumat yang dapat kami simpulkan di sini ialah Malaysia perlu bekerjasama dalam semua perbadanan agar negara ini akan terus membangun dan maju ke hadapan. Inn Shaa ALLAH :)

TERIMA KASIH :)

1 comment: